Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Terus santuni pengundi muda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
ABDUL Karim berbual dengan calon GPS di Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang.
ABDUL Karim berbual dengan calon GPS di Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang.

KOTA SAMARAHAN: Kira-kira 90 peratus komuniti kategori kumpulan muda Kota Samarahan menyertai kesemua program sukan dan aktiviti sosial anjuran jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penyandang Parlimen Kota Samarahan merangkap calon GPS, Datuk Rubiah Wang berkata, jumlah tersebut merangkumi sambutan golongan belia di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) sepanjang tempoh dua bulan dilaksanakan.

Selaras dengan jumlah penyertaan itu katanya, usaha menyantuni dan meningkatkan peratusan pengundi muda menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berjalan lancar dan memberikan keputusan positif bagi golongan pengundi muda untuk turun mengundi.

“Program dan aktiviti adalah selaras dengan keperluan belia telah kita jalani.

“Antaranya pertandingan futsal, bola sepak, program sosial, dan program kemahiran. Dua bulan ini kita laksanakan aktiviti kumpulan muda sahaja termasuk pertandingan e-sukan sekali.

“Apa yang kita dapati penyertaan daripada Asajaya dan Muara Tuang mencapai hampir 90 peratus mereka (belia) keluar untuk bersama dengan program,” katanya ketika diminta pemberita mengulas mengenai usaha meningkatkan peratusan pengundi untuk turun mengundi di kawasan Parlimen Kota Samarahan.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Tuisyen Rakyat dan Seminar Motivasi SPM Tahun 2022 peringkat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bahagian Samarahan, semalam.

Tambahnya, para peserta tampak memberikan respons positif terutama dari kawasan luar bandar.

Selain itu katanya, pihaknya turut menggunakan khidmat pegawai perhubungan (LO) khususnya ditempatkan di kawasan perumahan bagi tujuan memberi maklumat kepada pengundi berkaitan pendaftaran, pusat pengundian di samping memperkenalkan calon-calon yang bertanding.

“Setakat ini, respons kita adalah amat bagus sekali di peringkat ketiga-tiga Dun bukan sahaja termasuk kawasan perumahan, malah pengundi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga memberi respons yang baik.

Dalam masa sama, beliau turut mendedahkan medium media sosial turut digunakan untuk mendekati pengundi yang kini kebanyakan aktif dalam penggunaan media sosial sebagai wardah permainan dalam kehidupan harian.

Malah katanya, program turun padang juga giat dilaksanakan termasuk bantuan ketiga-tiga wakil rakyat Dun Parlimen Samarahan serta penganjuran program dan aktiviti sosial oleh jentera parti serta badan bukan kerajaan (NGO).

Untuk rekod, jumlah pengundi di Samarahan kini mencecah peningkatan satu kali ganda iaitu kira-kira 82,000 lebih pengundi.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News