MIRI: Kaunselor Samuel Liwat turut menyeru agar semua pelajar terus berusaha dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai hari ini.
“Jadikan pencapaian ini sebagai pemangkin untuk melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan.
Teruskan usaha hingga berjaya ke menara gading dan membanggakan keluarga serta komuniti,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau menggesa ibu bapa agar lebih proaktif dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak bersama pihak sekolah.
“Ibu bapa perlu berkorban masa, tenaga dan wang demi memastikan anak-anak mendapat laluan pendidikan terbaik.
Hanya dengan usaha bersama kita dapat melahirkan generasi yang mampu meneruskan perjuangan bangsa dan negara,” tambah Samuel lagi.
Pada majlis yang sama, pihak penganjur turut menerima sumbangan sebanyak RM10,000 sebagai tanda sokongan kepada pembangunan pendidikan pelajar Dayak.
“Saya harap dana ini dimanfaatkan untuk memperkasa lagi program-program pendidikan yang memberi impak jangka panjang.
Ini juga sebagai galakan kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan,” tambah beliau lagi.



