ARTIKEL

Teruskan pembangunan projek Lebuh Raya Pan Borneo di utara Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan beri tumpuan utama dalam meneruskan projek lebuh raya Pan Borneo di utara negeri ini dengan kerjasama Negara Brunei Darussalam.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mendedahkan perkara tersebut, menjelaskan dapatan dari lawatan delegasi Sarawak ke negara itu baru-baru ini.

SIDANG MEDIA… Awang Tengah turut kelihatan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha (kanan) di sidang media sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di  Wisma Sumber Alam, Petra Jaya. | GHAZALI BUJANG

“Kita perlu memberi taklimat kepada Brunei bahawa projek yang menghubungkan ke jalan pesisir akan diteruskan.

“Kita akan bekerjasama dengan mereka untuk meneruskan projek tersebut seperti perjanjian awal pada 2018 dahulu, apabila projek dibatalkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa Brunei telah diberi taklimat mengenai kesalinghubungan jalan raya secara keseluruhan di utara negeri itu yang merangkumi Jalan Link Sarawak, dan jalan ke sempadan Kalimantan, Indonesia.

“Dengan cadangan projek Lebuhraya Pantai Utara yang akan dilaksanakan, bagaimana ia akan berintegrasi antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di Wisma Sumber Alam, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Awang Tengah turut mendedahkan bahawa pertemuan delegasi bersama-sama pihak Brunei juga bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan termasuk cadangan membina lapangan terbang di Lawas, cadangan membina pelabuhan dan lain-lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU