ARTIKEL

THE FLASH merentas masa ubah sejarah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

THE FLASH atau Barry Allen (Ezra Miller menyertai Justice League dan tinggal di Central City sebagai ahli forensik di pusat penyelidikan bandar itu.

Barry menjalankan tugas sebagai The Flash untuk melindungi Central City daripada ancaman penjenayah.

Dia sering membantu misi adiwira lain, seperti ketika Bruce Wayne (Ben Affl eck) sibuk dengan penjenayah di bandar Gotham.

Setelah melakukan pelbagai misi, dia berjaya membuka potensi dirinya apabila mampu pergi ke masa silam.

Pada masa yang sama, dia tidak dapat menerima kematian misteri ibunya, Nora Allen (Maribel Verdu), yang meninggal dunia ketika Barry masih kecil.

Kesedihan itu lebih dirasai kerana bapanya, Henry Allen (Ron Livingston) ditahan Polis kerana dituduh sebagai pembunuh.

Harapan Henry untuk mempertahankan dirinya semakin pudar kerana Barry masih belum menemui bukti kukuh untuk rayuan terakhir.

Barry berlari laju dan tanpa disengajakan dia dapat melepasi kelajuan cahaya dan akhirnya menyebabkan dia berpotensi bergerak merentasi masa.

Justeru, Barry melihat itu sebagai peluang menyelamatkan ibunya.

Dia mendedahkan situasi itu kepada Bruce Wayne, tetapi sebaliknya diberi amaran bahawa langkah itu berpotensi merosakkan garis masa dan alam semesta.

Namun, Barry mengambil keputusan tetap melakukan dengan misi mencari kebenaran tanpa menjejaskan masa depan.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU