ARTIKEL

Thomas Geoffrey menandatangani sijil pelantikan semula sebagai Pengerusi MDMJ sambil disaksikan oleh Datuk Michael Tiang.

Thomas Geoffrey dilantik semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Pengerusi Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Thomas Geoffrey Kendawang, dilantik semula untuk meneruskan khidmatnya bagi penggal baharu bermula 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028.

Beliau merupakan satu-satunya penyandang yang dilantik semula, manakala 10 daripada keseluruhan 31 Ahli Majlis yang mengangkat sumpah dalam satu majlis rasmi hari ini merupakan muka baharu.

Majlis angkat sumpah tersebut diadakan di Bilik Persidangan MDMJ dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Dalam ucapannya, Michael Tiang menekankan peranan penting MDMJ sebagai salah satu entiti pentadbiran utama di Bahagian Sarikei.

“Walaupun berbeza dari segi geografi dan latar belakang masyarakat, ketiga-tiga daerah di bawah pentadbiran MDMJ berkongsi aspirasi sama — membangunkan kawasan masing-masing secara holistik dan inklusif, agar tiada yang tercicir daripada arus kemajuan negeri,” ujarnya.

Beliau turut menyeru agar semua Ahli Majlis yang baharu memahami dasar serta inisiatif yang digariskan dalam Pelan Strategik MDMJ, yang selari dengan visi kementerian, Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

“Ahli Majlis berperanan sebagai jambatan antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan, bertanggungjawab menyuarakan keperluan komuniti serta memastikan setiap aduan didengari dan diambil tindakan sewajarnya,” tambah beliau.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium