ARTIKEL

P1: Jerip menjawab soalan pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lesen Program Bantuan Memandu Kelas B2 Tahun 2026 anjuran Parlimen Puncak Borneo. Foto: Levrone Aigle

Tiada pampasan kerosakan kenderaan akibat jalan projek ART – Jerip

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Kontraktor yang melaksanakan projek Transit Aliran Autonomi (ART) diarah memperbaiki permukaan jalan yang tidak rata dan sempit bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan projek itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara) Datuk Dr Jerip Susil berkata, setakat ini tiada mekanisme pampasan disediakan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat keadaan jalan di kawasan projek ART.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya berbincang dengan kontraktor yang terlibat supaya kerja penurapan semula dan pelebaran jalan dilaksanakan bagi memastikan kesemua permulaan jalan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya.

“Kita mendapati permukaan jalan sangat tidak rata dan semakin sempit.

“Jadi, kita juga sedang berbincang dengan semua kontraktor yang mengendalikan bahagian ART untuk memastikan kerja penurapan semula dan pelebaran jalan dilaksanakan dengan mengambil kira semua langkah keselamatan serta memastikan permukaan jalan selamat digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lesen Program Bantuan Memandu Kelas B2 Tahun 2026 anjuran Parlimen Puncak Borneo di Pusat Acara Kasah, di sini, hari ini.

Jerip berkata, pengguna jalan raya perlu bersabar dengan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh pelaksanaan projek ART.

Katanya, projek perintis ART diharap dapat dimulakan menjelang penghujung tahun ini, manakala laluan biru dan laluan lain disasarkan mula beroperasi secara berperingkat menjelang penghujung 2027.

Di samping itu, beliau berkata perkhidmatan bas turut disediakan di setiap stesen ART untuk kegunaan orang ramai.

BERITA LAIN

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri