ARTIKEL

Gambar hiasan

Tiada unsur jenayah dalam kes tahanan mati di lokap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan dalam kes seorang lelaki tempatan yang meninggal dunia semasa dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Besar, Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata bedah siasat lelaki berusia 49 tahun itu dijalankan di Hospital Sungai Buloh kira-kira 4.20 petang Jumaat dan ujian pengesanan COVID-19 si mati adalah negatif.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan dan punca kematian masih menunggu hasil siasatan makmal.

“Lelaki itu ditahan Khamis lepas di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kira-kira 3.30 pagi Jumaat, anggota yang bertugas mendapati lelaki berkenaan dalam keadaan meniarap serta tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan segera dihubungi untuk mendapat rawatan lanjut.

“Pada 4.40 pagi, penolong pegawai perubatan telah hadir dan membuat pemeriksaan ke atas lelaki terbabit dan mengesahkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat