ARTIKEL

Tibou satu keunikan Pesta Kaul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penduduk di Kampung Tellian Tengah dan Ulu dengan bekerjasama Kelab Tuju Nolaka Tellian Dagen Daya mengadakan kerja bergotong-royong menyedia dan mendirikan permainan tibou di Kampung Tellian Ulu di sini.

Tibou berketinggian 20 kaki dan 11 anak tangga itu berjaya didirikan dalam satu aktiviti gotong-royong dirasmi Adun Tellian Yussibnosh Balo.

Menurut Yussibnosh, tibou bertujuan menyambut ketibaan musim bunga bagi mendapatkan lebat dan hasil laut yang banyak.

“Ia juga sebagai permulaan memuja semangat sebelum bermulanya Kaul Mukah disusuli Kaul Kakan di Tugek Kuala Mukah pada 27 April ini,” katanya.

Katanya, orang ramai dijemput bertandang ke Kampung Tellian Ulu untuk mencuba bermain permainan tradisional kaum Melanau termasuk memeriahkan kerja gotong-royong penduduk di Tellian.

Tambahnya, masa sesuai bermain tibou pada musim bunga, sebelah petang hingga larut malam waktu bulan terang.

Turut hadir pada majlis perasmian dan mendirikan tibou ini ialah Penghulu Lai Mayer Gabong, Ketua Kampung Tellian Tengah Bonaventure Juana dan KK William Joseph Lajo.

RASMI…Yussibnosh Balo (kanan sekali) merasmikan tibou dengan memegang di Kampung Tellian sambil disaksikan Lai Mayer, Boneventure Juana, William Lajo dan di bawah sebuah tibou.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU