ARTIKEL

Tibow tradisi Melanau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LEBIH 100 penduduk Kampung Tellian dan pengunjung berkumpul di kawasan lapang di hadapan Rumah Wakaf, Tanah Perkuburan Melanau Kristian/ Likou Kampung Tellian Ulu, Mukah untuk menyaksikan upacara dan kerja gotongroyong mendirikan tibow.

Tiang utama tibow setinggi 20 kaki dan memiliki sembilan anak tangga itu diperbuat daripada kayu belian yang diusahakan oleh ketuanya Molly Januari.

Kerja-kerja tersebut mendapat sokongan Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib, Adun Tellian Royston Valentine, Adun Balingian Abdul Yaakub Arbi, Pejabat Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Penghulu Kampung Tellian, ketua kaum, Kelab Tujunokala dan penduduk kampung.

Gotong-royong mendirikan tibow itu diadakan sempena penganjuran Kaul Mukah 2023.

Seorang penduduk yang juga pemegang kepala (Ulou) tibow, Mansor Tuati ketika ditemui memberitahu, kerjakerja mendirikan tiang tibow mesti disertakan dengan adat tradisional.

“Mesti disertakan dengan alunan muzik tradisional Melanau, manakala makanan Tibow tradisi Melanau tradisi iaitu bubur kacang hijau menjadi hidangan kepada orang ramai,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sementara itu, Penghulu Kampung Tellian, Juana Lupieh mempelawa orang ramai yang ingin bermain tibow untuk berkunjung ke Kampung Tellian.

“Tibow ini didirikan untuk orang ramai, pengunjung dan kepada sesiapa sahaja yang berminat,” katanya.

Jelasnya lagi, tibow yang juga dikenali sebagai hayun gergasi didirikan dalam keadaan tegap dan kukuh dengan keseluruhan tiang dan anak tangga menggunakan kayu belian.

“Manakala rotan yang diperoleh dari hutan pula dijadikan sebagai tali tempat berhayun,” tambahnya.

Kaul Mukah 2023 akan bermula 26 April hingga 1 Mei depan di Tugek Kaul dan Pantai Kala Dana iaitu tempat yang sama bagi penganjuran pesta ini seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kaul Serahang Kakan pula akan diadakan pada 11 Mac ini di Tugek Kuala Sungai Mukah untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan dan pelancong dari luar Mukah untuk turut serta memeriahkannya.

Majlis Perasmian Kaul Mukah 2023 dengan tema “Tiada Seuniknya” dijadual disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 29 April derpan.

Dalam masa yang sama, Majlis Keman Kaul dan Ramah-tamah Aidilfitri pula akan diadakan pada 30 April depan.

Antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang Kaul Mukah 2023 adalah Keman Kaul, Pertandingan Teuwaih Jinih, Perlumbaan Bidar Lukut, Sukan Rakyat, Pertandingan dan Permainan Tibow, Bengkel Serahang Kakan, Iseak A Melanau,Sukan Rakyat dan banyak lagi.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Persatuan Melanau Mukah di talian 084-871785.

 

 

 

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada