ARTIKEL

Tidak perlu wujudkan kasino di Sarawak – Presiden PBK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak tidak perlu mencontohi Singapura untuk mewujudkan kasino di pusat peranginan di wilayah ini memandangkan Sarawak mempunyai banyak sumber pendapatan lain.

Presiden Parti Bumi Kenyalang Voon Lee Shan berkata, jika Sarawak boleh mengambil semula sumber minyak dan gas, rakyat Sarawak boleh hidup seperti raja dan tidak perlu memikirkan kasino dan loteri.

“Kita tidak mahu kepimpinan negeri menggalakkan budaya judi di Sarawak.

“Kita tidak seharusnya mengambil Singapura sebagai model untuk memiliki kasino kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan utama lain, kecuali pelabuhan laut dan lapangan terbang,” katanya dalam kenyataan membidas cadangan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah untuk mewujudkan kasino, hari ini.

Beliau katanya diminta oleh orang ramai untuk membantah penubuhan kasino di Sarawak.

“Jika ingin mewujudkan pusat peranginan untuk meningkatkan pelancongan dan ekonomi, dialu-alukan.

“Kita perlu berhati-hati kerana kasino boleh membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan ekoran perjudian adalah penyakit yang lebih teruk daripada kanser.

“Barisan wakil rakyat tidak sepatutnya berfikir untuk membuat wang menerusi kaedah itu sehingga tidak memikirkan kesan buruk,” ujarnya.


BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan