ARTIKEL

Dr Sim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Kenyalang Park di Dewan KPCA.

Tidak wajar libatkan pelajar sekolah dengan konflik antarabangsa – Dr Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan untuk melibatkan pelajar sekolah dengan konflik antarabangsa adalah tidak wajar, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, ada banyak jalan lain yang boleh dilakukan untuk memperjuangkan keadaan tragis yang berlaku terhadap Palestin daripada membabitkan pelajar sekolah.

“Oleh itu, kita perjuangkan autonomi pendidikan supaya kita tidak perlu mengikut membuta tuli langkah yang tidak konsisten dengan nilai Sarawak.

“Kanak-kanak ialah kanak-kanak, sekolah adalah sekolah dan pendidikan tidak seharusnya dibabitkan dengan perkara politik seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Karnival Komuniti Kampung Kenyalang 2023 di Dewan Persatuan Komuniti Kenyalang Park, di sini, hari ini.

Tambahnya, Sarawak mempunyai nilai tersendiri di mana masyarakatnya hidup dalam harmoni, menghormati perbezaan antara satu sama lain dan hidup aman.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, perkara yang berlaku terhadap rakyat Palestin sangat tragis dan seluruh dunia perlu melakukan sesuatu mengenainya.

Tetapi, beliau tetap mengulangi pendirian bahawa kanak-kanak yang berada di sekolah tidak seharusnya terlibat dengan konflik tersebut.

Kementerian Pendidikan pada 21 Okt dan 23 Okt lepas mengeluarkan notis meminta semua institusi pendidikan di bawah Kementerian melibatkan semua peringkat tahap rendah dan menengah untuk melaksanakan dan memerhati minggu solidariti bagi menyokong perjuangan Palestin dari 29 Okt hingga 3 Nov.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira