ARTIKEL

Wee (tiga dari kiri), Cassidy (empat dari kiri) dan Angelia (dua dari kiri) merakam gambar kenangan bersama wakil lain selepas sidang media berhubung insiden bangunan runtuh di Jalan Padungan, di sini, hari ini.

Tiga bangunan kedai di Jalan Padungan tidak selamat diduduki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengesahkan tiga unit bangunan kedai di Jalan Padungan tidak selamat untuk diduduki ekoran insiden keruntuhan bahagian hadapan sebuah bangunan kedai di kawasan itu, semalam.

Pengarahnya, Ir Dr Cassidy Morris berkata, perkara tersebut dikenal pasti selepas siasatan awal dijalankan oleh pasukan petugas.

“Hari ini (6 April), siasatan awal telah dijalankan di kawasan bangunan tersebut dan mendapati tiga unit pertama bangunan berkenaan tidak selamat untuk digunakan.

“Ini adalah hasil siasatan awal kami setakat ini, dan isu ini perlu dipandang serius,” katanya dalam sidang media berhubung insiden bangunan runtuh di Jalan Padungan, di sini, hari ini.

Bahagian hadapan bangunan kedai di Jalan Padungan yang runtuh.

Tambah beliau, siasatan ke atas bangunan lain juga sedang dijalankan ketika ini.

“Laporan penuh hasil siasatan dijangka siap pada akhir minggu ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi IEM Cawangan Sarawak, Ir Dr Angelia Liew San Chuin, memaklumkan bahawa pasukan forensik dan struktur mendapati terdapat tanda-tanda runtuhan itu mungkin berpunca daripada kelemahan bahan binaan (material fatigue).

“Oleh itu, analisis struktur secara serta-merta akan dijalankan dalam tempoh satu atau dua hari sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan keruntuhan lanjut,” katanya.

Untuk rekod, jurucakap JBPM Sarawak menyatakan sebahagian dinding kedai berkenaan runtuh, dengan panggilan kecemasan diterima pada jam 6.23 pagi semalam (6 April).

Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan tiba di lokasi dan mendapati dinding bangunan tersebut retak serta runtuh.

Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

KAPSYEN:

P1: Wee (tiga dari kiri), Cassidy (empat dari kiri) dan Angelia (dua dari kiri) merakam gambar kenangan bersama wakil lain selepas sidang media berhubung insiden bangunan runtuh di Jalan Padungan, di sini, hari ini.
P2: Bahagian hadapan bangunan kedai di Jalan Padungan yang runtuh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU