ARTIKEL

Keadaan kereta dan lori selepas terlibat dalam kemalangan tersebut.

Tiga cedera kemalangan di Simpang Engkelili

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Tiga mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di Simpang Engkelili, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.34 petang.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut, terdapat tiga mangsa berada di dalam kenderaan Perodua Alza berkenaan.

“Seorang mangsa kanak-kanak lelaki telah berjaya dikeluarkan lebih awal oleh orang awam dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan di lokasi kejadian.

“Dua lagi mangsa wanita dewasa didapati masih berada di dalam kenderaan tersebut dan dipercayai tersepit di tempat duduk hadapan.

“Pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, Pusat Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan dua orang mangsa yang masih tersepit di tempat duduk hadapan dengan menggunakan peralatan khas ‘rescue tools’ dan pengusung.

Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal sebelum kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM dan jentera EMRS.

“Kerja-kerja pembersihan jalan serta sisa-sisa kemalangan turut dijalankan di lokasi kejadian.

“Setelah mendapati keadaan selamat dan terkawal, PKO bertolak balik ke balai,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU