ARTIKEL

Len (ketiga kanan) dan Wilfred Yap (kedua kiri) menguji e-bike yang disumbangkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, manakala yang lain menyaksikan. GAMBAR RAMIDI SUBARI

Tiga inisiatif pacu agenda digital dan hijau SFC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelancaran laman web baharu Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) mencerminkan peralihan ke arah tadbir urus moden apabila antara muka digital kini menjadi keperluan utama dalam meningkatkan akses awam kepada maklumat.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata peningkatan akses awam kepada maklumat, ketelusan serta pelibatan pihak berkepentingan melalui platform itu memperkukuh akauntabiliti institusi.

Len (ketiga kanan) dan yang lain menyaksikan penyerahan motosikal elektrik daripada Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak, Datuk Norizan Yahya (ketiga kiri), kepada Pengurus Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran (kedua kanan). Gambar Ramidi Subari

“Selain itu, ia juga memperkasa rakyat sebagai rakan strategik dalam pemuliharaan dan pengurusan tanah secara lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Inisiatif Digital dan Hijau SFC di Wisma Lestari, Ibu Pejabat SFC, di sini hari ini.

Di bawah program sama, katanya, penyerahan inisiatif e-bike daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak kepada SFC mencerminkan aspirasi rendah karbon Sarawak selaras dengan misi tenaga hijau Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Dengan mengintegrasikan mobiliti lestari dalam operasi harian, SFC memperlihatkan bagaimana dasar negeri diterjemahkan di peringkat agensi.

“Ini khususnya melalui pengurangan pelepasan karbon, peningkatan kecekapan serta pengukuhan peranan Sarawak dalam peralihan kepada tenaga bersih,” katanya.

Len menguji aplikasi pengenalpastian orkid di pameran, manakala Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran dan Wilfred Yap menyaksikan. Gambar Ramidi Subari

Sehubungan itu, beliau berkata pelancaran tiga inisiatif — Aplikasi FORESIGHT.AI, laman web SFC dan inisiatif e-bike — menandakan satu pencapaian penting dalam memacu Agenda Digital dan Hijau SFC.

“Ia selari dengan tema program, iaitu ‘Daripada Klik ke Kayuhan: Memperkasa Agenda Digital dan Hijau SFC’.

“Ia mencerminkan hasrat strategik Sarawak untuk menyelaraskan transformasi digital dengan pemeliharaan alam sekitar agar kemajuan yang dicapai bukan sahaja pesat, malah bertanggungjawab dan berdaya tahan,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah melancarkan sebuah aplikasi bagi mengenal pasti spesies pokok kayu di Sarawak melalui pendekatan anatomi kayu.

“Kita juga akan memperluaskan aplikasi ini bagi mengenal pasti spesies tumbuhan dan bunga lain pada masa hadapan.

“Prinsipnya tetap sama, iaitu menggalakkan pelibatan orang awam secara aktif dalam usaha pemuliharaan alam semula jadi melalui pendekatan digital dan pendidikan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU