ARTIKEL

TIDAK SEDARKAN DIRI…Ketiga-tiga kanak-kanak berjaya dibawa keluar dari kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Tiga Kanak-kanak Ditemui Tidak Sedarkan Diri Terjatuh Dalam Kolam Kumbahan Di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Tiga kanak-kanak ditemukan tidak sedarkan diri selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini, petang tadi.

TIDAK SEDARKAN DIRI…Ketiga-tiga kanak-kanak berjaya dibawa keluar dari kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Komander Operasi, PBK I Wiston Tan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.03 petang itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut JBPM Sarawak, jentera bomba tiba di lokasi pada pukul 4.10 petang dan mendapati ketiga-tiga mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki.

‘’Ketiga-tiga mangsa dibawa keluar dari kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,’’ katanya dalam kenyataan, hari ini.

TIDAK SEDARKAN DIRI…Ketiga-tiga kanak-kanak berjaya dibawa keluar dari kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Wiston berkata, bagaimanapun, kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika ditemui di tebing kolam berkenaan.

Katanya, pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya mengambil tindakan awal bagi mengawal keadaan sementara menunggu kehadiran pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan rawatan lanjut.

‘’Seramai lapan anggota bomba dengan kekuatan sebuah jentera terlibat dalam operasi berkenaan.

‘’Pihak berkuasa menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada, khususnya berkaitan keselamatan kanak-kanak di kawasan berisiko,’’ katanya.

Laporan lanjut menyusul.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU