ARTIKEL

Menteri di Jabatan Premier, Datuk Seri John Sikie Tayai | Foto: Ghazali Bujang

Tiga kapal pengawal pantai Sarawak baru dalam proses

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Pengawal Pantai Sarawak kini dalam proses memperoleh tiga kapal tambahan bagi memperkukuh kapasiti operasi maritim, kata Menteri di Jabatan Premier Datuk Seri John Sikie Tayai.

Menurutnya, agensi ini sekarang mempunyai 12 kapal pelbagai kelas yang digunakan untuk melaksanakan operasi melindungi Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Sarawak serta menguatkuasakan undang-undang termasuk Akta Perikanan Malaysia 1985.

“Agensi ini turut menumpukan kepada keselamatan nelayan, menyediakan perkhidmatan penting carilamat (SAR), serta menjaga kelestarian sumber semula jadi di perairan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) telah membangunkan Markas sebagai hab Arahan dan Kawalan yang penting, signifikan dalam meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan negeri.

“Setakat ini, lima Markas telah pun beroperasi iaitu di Kuching, Tanjung Manis, Bintulu, Miri dan Lawas,” katanya.

Mengulas lanjut, UKPS adalah agensi utama dalam menyelaraskan operasi penguatkuasaan pelbagai agensi bersama-sama rakan strategik seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan, dan Jabatan Imigresen.

UKPS bertumpu kepada usaha membanteras aktiviti haram seperti pembalakan haram, penangkapan ikan haram dan pengorekan pasir.

Beliau memuji UKPS kerana berjaya menyelaras dan mengambil bahagian dalam pelbagai operasi bersama, termasuk OP Bersepadu JIM, OP Mega Lusuh, OP Jongkong, OP Bersepadu LPG, OP Bersepadu Samalatong, dan OP Blocus sepanjang tahun 2025.

“UKPS juga telah mencapai kadar sabitan 100 peratus dalam siasatan dan pendakwaan di bawah pelbagai undang-undang negeri,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU