LIMBANG: Tiga kawasan yang dikenal pasti berisiko banjir di daerah ini dipantau rapi oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang hari ini berikutan keadaan air yang mulai naik.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, pemantauan dilakukan di Kampung Pengkalan Madang, Medait, dan Pengkalan Jawa bermula jam 10.50 pagi hingga 2.15 petang.
“Hasil tinjauan mendapati paras air di ketiga-tiga kawasan berada pada tahap normal dengan trend air menahan,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, air di Kampung Pengkalan Madang dan Medait berada dalam keadaan terkawal, manakala di Kampung Pengkalan Jawa, paras air dilaporkan naik sehingga tiga kaki dari paras jalan raya, namun masih terkawal.
Sehubungan itu, APM Limbang menasihati penduduk kampung agar sentiasa peka dan berwaspada terhadap perubahan cuaca serta mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. -TVS

SPL 2026: BIFA Seru Penyokong Bintulu Penuhi Padang Sintetik BDA
BINTULU: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA), Sophie Shariee menyeru kehadiran penyokong ke Padang Sintetik BDA untuk memberi sokongan kepada pemain bagi aksi suku

