ARTIKEL

SIDANG MEDIA... Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Datuk Dr Fuziah Salleh meninjau pusat jualan diesel di Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako. Foto Ghazali Bujang

Tiga kes ketirisan subsidi nelayan di Sarawak direkod – Fuziah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak tiga kes ketirisan membabitkan subsidi bahan api Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di Sarawak direkodkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, dengan nilai rampasan RM35,000 dan kompaun RM67,000.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, semua kes berkenaan diselesaikan hasil tindakan penguatkuasaan serta kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Jelasnya, secara keseluruhan terdapat 10 kes ketirisan subsidi nelayan direkodkan di seluruh negara dalam tempoh sama, termasuk tiga kes di Sarawak.

“Sebab itu kerjasama antara KPDN dengan LKIM serta perkongsian maklumat dan data amat penting supaya kita dapat membanteras ketirisan,” katanya ketika meninjau operasi Ops Tiris 4.0 Bersepadu di Pelabuhan LKIM Tanjung Bako, dekat sini, hari ini.

Tambah Fuziah, KPDN akan menjalankan siasatan sekiranya menerima maklumat daripada orang awam atau pemberi maklumat berkaitan kemungkinan berlaku ketirisan bahan api bersubsidi membabitkan nelayan.

Katanya, kawalan bukan sahaja tertumpu kepada penerima, malah meliputi rantaian bekalan termasuk pusat jualan bahan api yang dilesenkan KPDN.

“KPDN mengeluarkan lesen PDA dan CSA kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) untuk menjual minyak ini.

“Jadi, pemantauan perlu dibuat secara bersama-sama bagi memastikan prosedur yang ditetapkan dipatuhi,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu diesel yang dibeli di PJD perlu disalurkan terus ke dalam vesel dan tidak boleh dimasukkan ke dalam bekas seperti tong atau kontena.

Katanya, kaedah itu bertujuan mengurangkan ruang berlakunya ketirisan sepanjang proses pengagihan diesel bersubsidi.

Bagaimanapun, Fuziah berkata, pembelian petrol menggunakan bekas mudah alih seperti tong dibenarkan dalam keadaan tertentu, namun pembeli perlu memiliki permit khas.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road