KUCHING: Terdapat tiga lagi kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini, melibatkan Kluster Tempat Kerja dan Kluster Komuniti.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), antara kluster tersebut adalah Kluster Jalan Tunku Abdul Rahman di Sibu; Kluster Pasaraya Batu Kawa dan Kluster Kampong Sikog di Kuching.
“Kluster Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan Kluster Tempat Kerja seramai 630 orang telah disaring dan 53 orang didapati positif termasuk kes indeks.
“Bagi Kluster Pasaraya Batu Kawa juga merupakan Kluster Tempat Kerja, seramai 18 orang telah didapati positif,” kata JPBN, semalam.
Tambah JPBN, Kluster Kampong Sikog adalah kluster Komuniti dan seramai 77 orang telah disahkan positif Covid-19.
“Bagaimanapun, setakat hari ini terdapat tiga kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Jalan Tatau-Selangau, Tatau; Kluster Kampung Jawa dan Kluster Crown Mas di Kuching,” ujarnya.



