ARTIKEL

Kesemua tertuduh berbincang dengan peguam masing-masing selepas keputusan kes hari ini.

Tiga lelaki, dua wanita terlepas hukuman mati, bebas pertuduhan edar syabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga lelaki dan dua wanita menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan daripada mengedar lebih 42 kilogram dadah jenis syabu, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Leonard David Shim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Shirley Toh Mee Yee, Matthew Chin Yun Onn, Dellon Jong Wei Hong, Alan Lim Ing Tack dan Queenie Chang Lee Pin di akhir kes pendakwaan hari ini.

Kelima-lima tertuduh didakwa mengedar 42.2 kilogram methamphetamine dalam sebuah hotel di Jalan Nanas, sekitar 12.30 tengah hari, pada 12 Oktober 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta hukuman sebat tidak kurang daripada 12 hingga 15 sebatan jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu media melaporkan, kesemua tertuduh berusia antara 17 hingga 22 tahun ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti dadah.

Rampasan ke atas RM42.2 kilogram syabu dipercayai bernilai RM1.4 juta.

Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan kes.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fillany Siji.

Manakala, Shirley, Dellon dan Queenie diwakili peguam Alex Kong, Tiong Ing Neng dan Patrick Voon, serta peguam pelatih Amarprit Singh.

Selain itu, Matthew diwakili Peguam Steven Beti dan Gerald Empaling Donald, serta Alan diwakili Peguam Lim Lian Kee.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU