ARTIKEL

SEKITAR penyerahan OP kepada pembeli beberapa taman perumahan di Kuching.

Tiga projek perumahan sakit selesai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga projek perumahan di Kuching yang tergendala sejak beberapa tahun lalu akhirnya dapat diselesaikan.

Dalam kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee, beliau berbesar hati berkongsi perkembangan terkini mengenai tiga projek pembangunan perumahan sakit di Taman Millennium, Taman Greenwoods dan Fu Yu Garden.

“Semasa lawatan tapak projek-projek tersebut pada 4 Ogos lalu, diadakan penyerahan Permit Menduduki (OP) kepada pemaju masing-masing dengan disaksikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai, wakil MPHLG dan pegawai MPP serta pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk pembeli rumah yang terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Projek Taman Millennium di Matang tertangguh selama lima tahun akhirnya menerima OP yang dikeluarkan oleh MPP pada 25 Julai lalu.

Sementara Taman Greenwoods yang terletak di kawasan yang sama, turut dikeluarkan OP.

Ia hasil kerjasama antara pemaju dengan kementerian dan agensi teknikal dalam menyelesaikan isu pematuhan teknikal yang dihadapi oleh pemaju — membenarkan pengeluaran OP secara berperingkat kepasa 31 unit rumah teres setingkat dan setingkat berkembar pada 21 Julai lalu.

Sebahagian rumah tersebut diserahkan kepada pemilik masing-masing, seterusnya menamatkan lapan tahun kelewatan dalam penyiapan projek.

Kerja-kerja pembetulan untuk baki unit sedang dijalankan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Manakala projek Fu Yu Garden yang terletak di Jalan Batu Kawah dan tertangguh lebih dua tahun, juga dikeluarkan OP oleh MPP pada 1 Ogos lalu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU