ARTIKEL

Tiga tongkang tiada lesen perkapalan ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Bintulu menahan tiga buah tongkang berhampiran Perlabuhan Bintulu susulan gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, ketika ditahan pada jam 6.30 petang, kesemua tongkang terbabit sedang bersauh dan merapat antara satu sama lain kira-kira 1.0 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu, dipercayai berlindung daripada cuaca buruk.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga buah
tongkang tersebut gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tongkang tanpa muatan itu terdiri daripada 31 kru termasuk empat warga Indonesia
dan 27 warga China dengan masing-masing berumur antara 20 hingga 53 tahun.

Bagaimanapun katanya, semua kru tidak ditahan berikutan mereka memiliki dokumen pengenalan diri
yang lengkap serta permit kerja yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan hukuman kompaun melebihi RM5,000 disabitkan kesalahan,” katanya.

Tongkang yang ditahan Maritim Malaysia kira-kira 1.0 batu nautika dari pelabuhan Bintulu.
Tongkang yang ditahan Maritim Malaysia kira-kira 1.0 batu nautika dari pelabuhan Bintulu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU