ARTIKEL

MICHAEL Tiang (tengah) dan tetamu lain merakam kenangan seusai majlis perasmian Hari Terbuka Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu.

Tiga tuntutan ekonomi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pemulihan subsidi diesel untuk Sarawak, kuasa lebih besar kepada negeri dalam mengurus peruntukan kesihatan awam serta formula tetap bagi menentukan peruntukan pembangunan tahunan negeri menjadi tiga tuntutan utama Datuk Michael Tiang Ming Tee, menjelang Belanjawan Negara akan datang.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, mekanisme subsidi diesel semasa memberi kesan kepada Sarawak, khususnya pengusaha komersial, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi keagamaan yang bergantung kepada pengangkutan untuk menghubungkan kawasan bandar dengan luar bandar.

Beliau menyifatkan pemulihan mekanisme subsidi diesel terdahulu sebagai rayuan nombor satu mandangkan kos bahan api mempunyai kesan langsung terhadap pergerakan dan penyampaian perkhidmatan di negeri yang luas serta bergantung kepada jaringan jalan raya.

“Pendekatan atau dasar subsidi diesel yang baharu ini sama sekali tidak adil kepada Sarawak.

“Bagi Sarawak, kita perlu mempunyai satu kaedah untuk menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar. Ia amat penting bagi kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu (SDBWA), di sini.

Michael Tiang berkata, langkah kerajaan membaikkan tiga pemilik kenderaan berkongsi kelayakan subsidi diesel masih belum mampu menangani keperluan Sarawak secara menyeluruh.

Menurutnya, kenaikan kos diesel bukan sahaja membebankan pemilik kenderaan, malah meningkatkan kos operasi organisasi dan agensi yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar.

Sementara itu, beliau mahu peruntukan kesihatan awam yang disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak diberi dengan fleksibiliti lebih besar untuk diuruskan Kerajaan Negeri mengikut keperluan tempatan.

“Berikan bajet itu kepada Kerajaan Sarawak untuk menentukan bagaimana peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan hendak diuruskan.

“Kita membuat keputusan sendiri kerana lebih mengetahui keadaan tempat kita dan cara untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menyokong gesaan Premier Sarawak supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan formula tetap, telus dan berasaskan ukuran bagi menentukan peruntukan pembangunan tahunan Sarawak.

Katanya, Sarawak tidak seharusnya terus bergantung kepada rundingan atau menunggu pengumuman peruntukan setiap tahun, sebaliknya jumlah tersebut perlu ditentukan berdasarkan faktor yang jelas seperti sumbangan negeri kepada hasil, ekonomi dan pertumbuhan negara.

“Perlu ada satu formula, bukannya setiap tahun kita perlu merayu dan membuat anggaran apabila sampai ke penghujung tahun dan mula merancang untuk Belanjawan Negara yang seterusnya,” katanya.

Beliau berkata formula sedemikian bukan sahaja meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti, malah memberikan kepastian kepada Sarawak untuk merancang pembangunan jangka panjang.

“Kita membantu Malaysia bersama-sama dan kita sepatutnya berhak mendapat pembahagian yang adil berdasarkan perkara yang menjadi hak kita serta yang telah disumbangkan kepada Malaysia dari segi ekonomi, pertumbuhan dan hasil,” katanya.

Michael Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata tiga perkara berkenaan merupakan keutamaan beliau bagi memastikan pengagihan sumber negara kepada Sarawak lebih adil dan selaras dengan keperluan negeri.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat