ARTIKEL

Tiga wakil pesilat Sarawak layak ke pusingan separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LINCAH…Josh Chua (biru) memberi tentangan hebat kepada wakil Pahang, Mohamad Mirza Danish Abdullah dalam kategori Putra C

KUCHING: Tiga wakil pesilat Sarawak catat kemenangan pada hari kedua aksi Kejohanan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 yang berlangsung di Stadium Perpaduan, hari ini.

Ia sekali gus menyaksikan ketiga-tiga mereka layak ke pusingan separuh akhir bagi kategori diwakili masing-masing.

Bermula dengan aksi lincah Josh Chua, beliau berjaya menewaskan lawan dari Pahang, Mohamad Mirza dalam kategori Putra C Junior dengan jaringan keputusan mata 72-18.

FOKUS…Shahameirul Shelby memperagakan aksi bernas dalam kategori Tunggal Putra

Wakil kategori Tunggal Putra, Shahamierul Shelby pula meneruskan rentak kemenangan tuan rumah dengan menumpaskan wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mohd Hearri Chieng Mohd Fridaus menerusi jaringan 9.9 mata.

Manakala kemenangan ketiga berjaya dirangkul oleh Suhaiqal Suhardie selepas menewaskan wakil negara Indonesia, Dapa Riki Ananda menerusi kategori Tunggal Baku Putra.

Aksi kedua-dua atlet mencuri tumpuan penonton apabila masing-masing mempamerkan persembahan terbaik namun keputusan memihak kepada tuan rumah dengan jaringan tipis 9.885 mata berbanding lawan 9.850 mata.

MENANG…Wakil Sarawak kategori Tunggal Baku Putra, Suhaiqal Suhardie

Ketiga-tiga wakil tuan rumah berjaya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri di samping sokongan penuh daripada penonton yang hadir.

Aksi kedua kejohanan menyaksikan pusatnya iaitu di Stadium Perpaduan meriah dengan kehadiran penyokong bagi memberi sokongan kepada kumpulan masing-masing.

BERITA LAIN

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia