ARTIKEL

Timbullah anak, sudah dua malam tidur di dalam air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHiNG: Timbullah anak, sudah dua malam tidur di dalam air — mama nak jumpa abang Mirul untuk kali terakhir.

Itu luahan dipapar ibu mangsa lemas, Khatizah Saadi dalam paparan Facebooknya sambil memohon doa nitizen supaya anaknya segera ditemui.

Ibu berusia 34 tahun itu berterusan berkongsi perasaannya dengan harapan doa-doa nitizen melunaskan hasratnya untuk menatap wajah anaknya untuk kali terakhir.

Mengimbas kembali hari kejadian, ibunya memberitahu, anaknya keluar dari rumah kira-kira jam 2.00 petang Isnin.

Dua jam kemudian, orang kampung datang dan memberitahu anaknya jatuh ke dalam sungai di Kampung Kuala Matu itu.

Mohamad Amirul murid Tahun 5 dipercayai lemas ketika terjatuh sewaktu memancing di jeti kampung itu pada Isnin lalu.

Pada hari kejadian jam 3 petang, dia dipercayai turun memancing bersama-sama seorang lagi rakannya berusia 10 tahun di atas perahu nelayan di sebuah jeti di Kampung Kuala Matu Hilir.

Mengikut cerita rakannya, kira kira jam 430 petang Amirul tergelincir di sebelah tepi perahu nelayan yang berlabuh di jeti.

Rakan mangsa berlari mohon bantuan penduduk kampung dan mangsa tidak pandai berenang.

Laporan polis dan bomba dibuat sekitar 5 petang dan setakat berita ditulis jam 11 pagi ini, mangsa belum dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan dengan bantuan pasukan lapan APM Matu, tiga APM Daro, empat PDRM, 18 bomba Daro dan Sungai Merah Sibu termasuk 5 pasukan Rela.

Kuala Matu merupakan salah satu kampung nelayan terkenal di Matu. Untuk sampai ke situ, memakan masa sejam lebih perjalanan dari Pekan Daro.

Selain memiliki pantai yang sering dikunjungi orang ramai, kampung ini juga terkenal dengan pengeluaran sesar unjur dan obor-obor.

Ketika musim ikan, Kuala Matu menjadi lokasi tumpuan penduduk dari beberapa kampung di Matu selain orang Daro.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian