ARTIKEL

Tindakan pantas orang awam berjaya membantu memadam kebakaran sebuah kereta di MEDITEL, Hospital Umum Sarawak(HUS). Foto JBPM

Tindakan pantas orang awam bantu padam kebakaran kereta di MEDITEL, HUS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan pantas orang awam berjaya membantu memadam kebakaran sebuah kereta di MEDITEL, Hospital Umum Sarawak(HUS) di sini, petang semalam.

Komander Operasi, Abdul Hakim Supian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.55 petang dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona terbakar keseluruhan pada bahagian enjin.

“Kebakaran berjaya dikawal menggunakan sembilan unit alat pemadam api oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, api berjaya dipadam sepenuhnya menggunakan dua unit hosereel bangunan dengan bantuan anggota bomba yang tiba di lokasi.

“Setelah keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU