ARTIKEL

Kong(tiga kanan) dan Steven(dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pemilik kediaman di Pangsapuri Iris Garden di Jalan Sultan Iskandar.

Tiong salur sumbangan mangsa ribut di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing telah menyalurkan sumbangan kepada penghuni pangsapuri yang dilanda ribut baru-baru ini, sebagai tanda prihatin beliau untuk meringankan beban mangsa.

Sumbangan King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu itu disampaikan oleh wakilnya, Kong Ngiou Kwong dan Steven Kong Kai Seng hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap sumbangan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kesemua pemilik kediaman pangsapuri terbabit.

“Saya berharap semua mangsa bersabar dengan dugaan yang menimpa,” katanya.

Dalam kejadian 18 Januari itu, sebanyak 29 buah kediaman rosak selepas bahagian bumbung enam blok Pangsapuri Iris Garden di Jalan Sultan Iskandar, diterbangkan angin.

Insiden tersebut, bagaimanapun, tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.

Dalam pada itu, lima buah keluarga membabitkan 16 mangsa masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1 sejak 18 Januari lalu.

Kong bersama Steven merakam gambar dengan sebahagian pemilik kediaman di Pangsapuri Iris Garden di Jalan Sultan Iskandar, diterbangkan angin ribut dalam kejadian 18 Januari lalu.

BERITA LAIN

MEREMAJAKAN SKIM RONDAAN SUKARELA

SKIM Rondaan Sukarela (SRS) telah dilancarkan pada 21 Februari 2004. Tujuan utama penubuhan SRS adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di

BERITA TERBARU