ARTIKEL

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua, kiri) diiringi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing semasa hadir pada majlis perasmian Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 di Banda Hilir, Melaka hari ini.

Tiong yakin perpaduan jadi pemangkin Tahun Melawat Malaysia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini menjadi pendukung kepada usaha kerajaan melaksanakan program bertaraf dunia termasuklah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025), Persidangan Pelancongan Dunia 2025 (WTC2025) serta pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata perkara itu terserlah menerusi aktiviti berteraskan persembahan kesenian dan kebudayaan yang disertai pelbagai lapisan masyarakat daripada golongan kanak-kanak sehingga dewasa.

“Kita mendapat penglibatan daripada murid sekolah dan penari daripada persatuan kebudayaan (untuk membuat pelbagai persembahan).

“Kalau rakyat semua bersatu padu, kita boleh menganjurkan program bukan sahaja pada peringkat tempatan, malah juga peringkat antarabangsa,” katanya ketika ditemui pemberita pada WTC2025 di sini hari ini.

Persidangan sehari itu bertemakan Tourism and Sustainable Transformation: Inclusive, Resilient, Regenerative, dengan ucaptama plenari disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri akan menganjurkan Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM2.0) pada tahun depan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Beliau berkata Majlis Pelancaran TMM2.0 akan diadakan bersempena dengan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 dengan pelbagai pengisian lebih menarik dan rancak daripada edisi terdahulu.

“Pelbagai pengisian sedang diatur lebih rancak, lebih menarik dan lebih meriah untuk menggamit lebih ramai kehadiran pelancong pada 2026 dan pastinya lebih hebat berbanding tahun lepas,” katanya.—BERNAMA

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang