ARTIKEL

Titisan Hujan Dukaku di Menara Gading

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HAJI HAZIQ AHMAD ZAKI

Semasa saya sedang pergi ke dalam sesebuah Institut Pengajian Tinggi, pada waktu tengah hari itu, saya sedang berjalan – jalan di dalam sekitar kawasan kampus untuk mencari tempat makan. Mujurlah di dalam kawasan yang tidak jauh dan berdekatan dengan sebuah asrama, ada tempat makan di sana. Saya terus memesan makanan dan minuman dan kemudian duduk sambil menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Fardu Jumaat di dalam masjid di dalam kawasan universiti itu. Saya telah berkampung di dalam universiti itu sehingga ke waktu malam.

Semasa berada di dalam universiti tersebut, saya sebenarnya menghadiri sebuah bengkel sehingga ke waktu petang. Mujurlah saya sudah terjumpa beberapa orang sahabat saya teman untuk bersembang – sembang santai. Saya sedang duduk dan menunggu sehingga ke waktu malam.

Pada malam itu, saya menikmati makan malam bersama – sama dengan rakan saya. Setelah selesai menikmati makan malam, saya kemudiannya masuk ke dalam sebuah dewan besar untuk melihat dan menonton persembahan deklamasi puisi, deklamasi lakon dan nyanyian daripada para jemputan yang datang daripada beberapa buah persatuan dan agensi. Pada masa itu juga, telefon saya berdering, namun saya tidak mengendahkannya. Saya kemudian keluar daripad dewan itu dan kemudian melihat telefon. Rupa – rupanya mama menelefon saya. Saya kemudian menghubunginya.

“Ya, ada apa mama.”

“Abang, mama sudah datang, jumpa mama di tempat parkir kereta.”

“Okey mama..”

Kemudian saya terus ke pintu utama masuk tempat saya mula – mula masuk tadi.

Namun, apa yang agak mengejutkan, saya telah terserempak dengan salah seorang daripada bapa saudara saya, dialah seorang di antara ahli keluarga saya yang paling saya benci kerana dia tidak suka dengan anak istimewa seperti kami. Dengan kasarnya dia bertanyakan sesuatu kepada saya.

“Kau dengan siapa di sini.”

“Saya telah dihantar dan diambil oleh mama dan abah saya, kenapa pak cik.”

“Memang betul mama dan abah kau menghantar dan mengambil balik kau di sini.”

“Ya, memang betul.”

Kemudian saya pergi meninggalkannya dengan perasaan yang sangat marah dan geram dengan perbuatannya itu. Dia memang seorang yang tidak pernah tahu adab dengan golongan istimewa, seorang yang telah ditanamkan rasa prejudis yang terlalu tinggi. Saya kemudian masuk ke dalam kenderaan dengan menyimpan rasa marah dan geram dengannya. Kemudian sehingga sampai ke kedai makan untuk membungkus makanan dan kemudian setelah sampai ke rumah, hati saya yang sangat marah dan geram tidak dapat dipadamkan sehinggalah saya tertidur di atas lantai tanpa alas dengan muka hanya tertumpu dengan kipas angin. Setelah terbangun semula daripada lena di atas lantai, barulah saya naik dan tidur di atas katil di dalam bilik saya sendiri.

25 Oktober 2025

Seri Autisme

Petra Jaya, Kuching

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha