ARTIKEL

SAINGAN sengit antara Todak Berjaya, Lanun Dinara Cut dan Landas Saga Sebuyo pada kayuhan akhir Bidar 30 di Sungai Krian, hari ini.

Todak Berjaya kekal takhta Raja Sungai Krian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Pecutan bertenaga pada penghujung perlumbaan membolehkan Todak Berjaya muncul juara Bidar 30, sekali gus mempertahankan gelaran Raja Sungai Krian buat kali keempat berturut-turut.

Perahu bernombor 1 kendalian anak buah Nur Hazirah Kasdi itu terpaksa berhempas pulas mengejar pencabar terdekat, Lanun Dinara Cut yang menguasai perlumbaan sejak awal, selain menerima saingan sengit daripada Landas Saga Sebuyo.

Namun, pengalaman dan ketenangan Todak Berjaya membuahkan hasil apabila mereka melakukan pecutan pada saat akhir untuk memintas Lanun Dinara Cut sebelum melintasi garisan penamat.

Kemenangan itu meneruskan penguasaan Todak Berjaya yang mula meraih gelaran pada 2023, sebelum mempertahankannya pada 2024 dan 2025.

Todak Berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM16,500 serta Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik.

Tempat kedua milik Lanun Dinara Cut, manakala Landas Saga Sebuyo yang dimiliki Datuk Awang Zamhari Awang Mahmood menduduki tempat ketiga.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Friday dan ADUN Kalaka, Mohamad Duri, pada majlis penangguhan Regata Sungai Krian, semalam.

Dalam keputusan acara lain, Landas Cahaya Helang Tasik muncul juara Bidar 15, manakala Todak Berjaya mengungguli Bidar 25 untuk membawa pulang Piala ADUN Kalaka.

Lanun Dinara Cut muncul juara Bidar 10, manakala Landas Cahaya Helang Tasik sekali lagi unggul dalam Bidar 20 untuk membawa pulang Piala Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid. Acara khas Bidar 10 Lelaki Veteran yang diperkenalkan buat pertama kali tahun ini pula dimenangi Sinaran Burung Garuda.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU