ARTIKEL

Toleransi generasi di Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETIAP kali hari raya menjelma, rumah terbuka dan sesi ziarah menjadi platform untuk mempertemukan sanak saudara yang mungkin hanya bertemu sekali setahun.

Namun, dalam keriuhan ketawa dan bau rendang yang semerbak, ada satu perkara yang sering mencetuskan reaksi bercampur baur, iaitu soalan daripada ibu dan bapa saudara.

Soalan-soalan seperti “Bila nak kahwin?”,

“Bila nak ada anak?”, “Tak cari kerja kerajaan ke?”, atau “Kenapa semakin berisi sekarang?” kedengaran seperti gurauan biasa bagi generasi terdahulu.

Namun, bagi ramai anak muda hari ini, pertanyaan-pertanyaan itu bukan sahaja tidak selesa, malah boleh mencetuskan rasa kecil hati, kecewa, dan tekanan emosi.

Disebabkan itu, tercetuslah label ‘anak sekarang cepat terasa’, terlalu lembut hati, tak tahan ditegur, dan mudah marah bila ditegur sedikit.

Namun, adakah ia benar?

Apabila kita melihat semula, generasi hari ini membesar dalam dunia yang serba pantas dan penuh tekanan.

Harga rumah mahal, kos sara hidup meningkat, persaingan kerja yang begitu ketat, kesihatan mental menjadi isu yang serius, dan pada masa yang sama, berhadapan dengan harapan keluarga serta masyarakat yang tinggi.

Pertanyaan seperti “Bila nak kahwin?” mungkin nampak remeh, tetapi melihat kepada keadaan ekonomi dan kos sara hidup sekarang, ia mungkin agak sukar untuk menyimpan duit perkahwinan.

Disebabkan desakan soalan ini, kadangkadang ia boleh menimbulkan kemarahan kepada yang ditanya. Kebanyakannya akan mengatakan bahawa ia bukan perkara yang mudah, memandangkan keadaan ekonomi masa ini.

Begitu juga dengan soal kerjaya dan anak yang mengambil masa agak lama untuk mencapainya, soalan ini mungkin boleh mengganggu emosi ketika beraya.

Melihat dari sudut lain, mungkin yang bertanya tidak berniat untuk menyakitkan hati.

Ramai ibu dan bapa saudara hanya ingin memulakan perbualan, menunjukkan keprihatinan, atau sekadar mengusik seperti zaman mereka dahulu. Namun, perbezaan zaman melahirkan perbezaan persepsi.

Perkara yang dahulunya dianggap ‘biasa’ kini perlu ditimbang dengan lebih empati.

Dunia hari ini bukan lagi seperti dahulu. Perbualan kita juga perlu berubah mengikut masa.

Namun, ini bukan soal siapa betul dan siapa salah, tetapi bagaimana dua generasi memahami antara satu sama lain.

Anak muda tidak salah jika mereka mahukan ruang privasi, dan orang tua juga tidak salah jika mereka bertanya dengan niat yang baik.

Paling penting ialah toleransi antara satu sama lain.

Anak muda boleh belajar untuk menjawab dengan lembut dan berhemah, bukannya melenting atau menjauhkan diri.

Kita juga tidak boleh menafikan sudut pandang mereka yang bertanya.

Ini kerana ibu, bapa saudara, dan sepupu yang lebih tua bertanya bukan kerana mahu menyinggung, tetapi kerana ingin tahu, ingin mendekatkan diri, dan ingin berkongsi kegembiraan yang mereka kenali sejak dulu.

Generasi terdahulu dibesarkan dalam budaya bertanya itu dianggap ambil berat.

Dalam keluarga besar, soalan-soalan begitu dianggap biasa, malah menunjukkan keakraban dan tanda mengambil tahu.

Mereka tidak diajar tentang boundaries, tidak diajar bahawa ada soalan yang mungkin menyakitkan. Bagi mereka, jika tidak bertanya, nanti dikata sombong.

Generasi kini juga perlu belajar bahawa tidak semua soalan itu berniat jahat.

Kadangkala, dengan sedikit senyuman dan jawapan yang lembut, perbualan boleh berakhir dengan baik Jawapan seperti “Belum ada rezeki lagi, doakan saya, mak cik,” mungkin jauh lebih menyembuhkan daripada menjauh atau mendiamkan diri.

Manakala, orang tua pula mungkin boleh belajar untuk bertanya soalan yang lebih neutral dan menyenangkan, seperti “Apa perkembangan terbaru?” atau “Macam mana kerja sekarang?”.

Soalan-soalan ini antara yang memberi ruang untuk perbualan yang positif dan mesra.

Aidilfitri ialah hari kemenangan.

Ia seharusnya menjadi waktu untuk menyatukan, bukan memisahkan.

Sekiranya ada teguran atau pertanyaan yang terasa, maafkanlah.

Jika terasa ingin bertanya, fikirkan dahulu kesannya. Kita tidak tahu, mak cik yang bertanya itu mungkin cuma rindu nak bersembang, dan anak saudara yang terasa itu mungkin sedang penat menyimpan semuanya sendiri.

Hari raya ini lebih daripada segalanya, dan ia waktu untuk kita kembali saling memahami, memaafkan, dan merapatkan silaturahim yang makin longgar akibat masa.

Justeru, ambillah peluang ini untuk saling bermaafan dan bertoleransi antara satu sama lain.

Jangan disebabkan satu soalan, emosi raya terganggu. Selamat Hari Raya Aidilfitri!SETIAP kali hari raya menjelma, rumah terbuka dan sesi ziarah menjadi platform untuk mempertemukan sanak saudara yang mungkin hanya bertemu sekali setahun.

Jangan disebabkan satu soalan, emosi raya terganggu. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

BERITA LAIN

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap