ARTIKEL

Jumaat bersama kenamaan lain merakam gambar bersama wakil kelab yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10.

Muay Thai Piala Premier Sarawak 2026 Himpun 300 Atlet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak terus mempergiat pembangunan sukan Muay Thai bagi melahirkan lebih ramai atlet berkaliber yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara di pentas antarabangsa, selaras dengan aspirasi Premier Sarawak untuk menjadikan negeri ini sebagai House of Sport.

Presidennya, Jumaat Ibrahim berkata, Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak yang memasuki edisi ke-10 tahun ini terus menjadi platform penting untuk mencungkil bakat baharu dan membina laluan kepada atlet tempatan bersaing pada peringkat lebih tinggi.

Jumaat berucap pada pengenalan peserta Kejohanan
Muay Thai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 di
Centre Court, NAIM Street Mall @ Paragon Bintulu, malam tadi.

Beliau berkata kejohanan itu bukan sahaja membuka peluang kepada atlet membuktikan kemampuan masing-masing, malah berperanan melahirkan pelapis yang berpotensi mewakili Sarawak dan Malaysia dalam kejohanan kebangsaan serta antarabangsa.

“Ini satu kebanggaan kepada persatuan kerana kita bukan sahaja melahirkan atlet dari kawasan luar bandar, malah memberi mereka peluang untuk membuktikan kemampuan sehingga mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Rentap Muay Thai antara yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengenalan peserta Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 di Centre Court, NAIM Street Mall @ Paragon Bintulu di sini, malam tadi.

Jumaat berkata prestasi atlet Muay Thai Sarawak, termasuk kejayaan muncul juara keseluruhan acara berkenaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Sarawak, membuktikan negeri ini mempunyai potensi besar untuk terus berkembang sebagai antara kuasa utama sukan itu di Malaysia.

Jumaat menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Pegawai Tugas- Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng.

Katanya, PMNS akan terus memperluas usaha mempromosikan Muay Thai di semua bahagian di Sarawak bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi sukan berkenaan, sekali gus memastikan kesinambungan pembangunan atlet pelapis.

Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak 2026 yang berlangsung dari 15 hingga 18 Oktober ini bakal menampilkan kira-kira 300 atlet tempatan dan antarabangsa, membabitkan 29 kelab dari enam negeri serta lapan negara.

Enam negeri yang mengambil bahagian ialah Sarawak selaku tuan rumah, Sabah, Terengganu, Selangor, Pahang dan Johor, manakala penyertaan antarabangsa melibatkan Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Yaman, Iran, Sepanyol, Colombia dan Syria.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan