ARTIKEL

TONGKAT KESETIAAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AMERSARAWAK

C70

Mandung biru

Setia menggigit abah

Meski putus urat zaman.

Gagah lincah mengendong kami

Pundak tulang besi

Ke pasar Ikan

Simunjan.

Kini

Tiada lagi

Kokokan buluh besi

Dan asap rokok hitam.

Ibarat jemuran ikan masin

Santapan langau hitam

Tetap bertongkat

Setia.

AMERSARAWAK

SMK Pesantren Abdul Taib MahmudSAHABAT SYURGA KU

SAHABAT SYURGA KU

MAHIJI SAMI

Duhai sahabat syurga

terima kasih menumpang kenangan

kita kutip satu persatu

lalu tertanam indah dalam taman hati

Sahabat syurga

terima kasih mencari salahku

buatku kupas dengan kesedaran

aku jadikan buah muhasabah diri

Sahabat syurga

terima kasih menerima kekurangan aku

buatku analisis berhikmah

menjadikan aku kukuh padu

Sahabat syurga

terima kasih membina ukhuwwah

terjalin satu persatu

menjadi habluminannas habluminnallah

semoga rahmat untuk kita

sebelum aku dijemput pulang

MAHIJI SAMI

22.11.25

KITA KATA

MUHAMAD BOHARI

Kita kata

kita mengata seorang

tentulah dosa.

Kita kata

kita miskin

tentu ada yang lebih miskin.

Kita kata

kita susah

ramai yang lebih susah.

Kita kata

kita senang

tak terbilang yang lebih senang.

Kita kata

kita kaya

ada yang lebih kaya.

Kita kata

kita gagah

pasti ada yang lebih gagah.

Mutiara kata penuh pedoman

tekal panduan

tentu haluan.

Kata nista

satu kehancuran

duka nestapa.

Kata pujangga nilai seni

peradaban mulia

ukuran sejati.

Kita kata

tidak mengata sesiapa

tentu Tuhan sayangkan kita.

MUHAMAD BOHARI

Dusun Bayu, Demak Laut

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU