ARTIKEL

Keindahan "Kampung Regata" di seberang Pekan Saratok yang menambah seri penganjuran Regata Kalaka Edisi 2025.

Tradisi Dango Serikan Regata Kalaka 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Kewujudan dango atau pondok kediaman yang didirikan setiap kali musim regata di Saratok menjadi penambah seri pesta yang dianjurkan.

Antara pemilik dango yang menerima hadiah selepas binaan mereka diumumkan sebagai antara yang tercantik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, tempat lain bukannya tiada, tetapi aura regata di sini bertambah dengan dango yang didirikan.

“Saya sangat memuji semangat penduduk yang mendirikan dango di seberang Pekan Saratok. Ibarat kampung kecil sehingga ada yang menggelarnya sebagai Kampung Regata.

“Tahniah kepada penduduk Kampung Kupang khususnya, selain penduduk di rumah panjang sekitar. Anda telah mengekalkan warisan nenek moyang dahulu.

“Lebih daripada itu, budaya yang masih hidup sehingga kini dapat dirasai oleh generasi baharu hari ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Jelasnya, penduduk mengeluarkan modal yang besar untuk menyokong pesta di Saratok.

“Saya difahamkan bukan sahaja modal wang ringgit, tetapi juga modal masa, tenaga dan sebagainya.

“Walaupun kita tidak umumkan ia akan dipertandingkan, hadiah tidak dinyatakan awal, tetapi semangat untuk mengekalkan tradisi itu sangat kuat. Saya kagum.

“Insya-Allah, pada masa akan datang, kita akan meminta penganjur untuk menambah baik dari segi hadiah atau menyediakan kemudahan asas untuk kemudahan mereka di seberang,” ujarnya.

Untuk tahun ini, dango tercantik dimenangi oleh pondok milik Hossein Jamali.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Rosidi Bujang dan Jobli Juli.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi memeriahkan suasana Regata Kalaka 2025,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, pertandingan perahu berhias dimenangi oleh The Fire Hornet, seterusnya pulang dengan hadiah RM1,200 beserta piala.

Sementara perahu berhias Bujang Sigat berada di kedudukan naib johan dan menerima RM800 beserta piala, serta Sahabat Santai menerima RM600 beserta piala untuk tempat ketiga.

Secara keseluruhan, 15 perahu berentap pada malam tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU