ARTIKEL

Mayat Steven Chai dijumpai dicelah timbunan sisa kayu di tebing sungai kira-kira pukul 7.15 pagi tadi selepas dihanyut kepala air ketika mandi di Air Terjun Kampung Sebat, Sematan petang semalam.

Tragedi kepala air di Air Terjun Kampung Sebat, Sematan: Mangsa hilang ditemukan mati lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMATAN: Mangsa yang hilang selepas dihanyut kepala air ketika mandi bersama tiga lagi rakan di Air Terjun Kampung Sebat di sini semalam ditemukan meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata mayat Steven Chai Pok Yee, 20, dijumpai oleh penduduk kampung di celah timbunan sisa kayu di tebing sungai kira-kira jam 7.15 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai pada jarak 100 meter dari lokasi mangsa mandi,” katanya ketika dihubungi.

Dalam tragedi yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.55 petang semalam, Steven bersama tiga lagi rakannya dihanyut kepala air ketika mandi di Air Terjun Kampung Sebat.

Bagaimanapun, dua daripada mangsa selamat setelah berjaya dikeluarkan oleh penduduk kampung.

Manakala, seorang mangsa turut dikeluarkan oleh penduduk kampung tetapi disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Kesemua mangsa adalah lelaki berumur 20 tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU