ARTIKEL

Pihak bomba mengangkat mayat mangsa dalam tragedi bot terbalik di Sungai Baram.

Tragedi Sungai Baram: Lelaki maut, rakan cedera dalam insiden bot terbalik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera ringan selepas bot yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbalik di Sungai Baram, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Vincent Patrick, 58, manakala rakannya, Jeansher Bunsu, 27, mengalami kecederaan di muka dan tangan kiri akibat terkena bilah kipas enjin bot.

Mangsa yang dikenali sebagai Jeansher mengalami cedera ringan di bahagian muka.

“Bot yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum kedua-duanya tercampak ke dalam sungai.

“Bagaimanapun, mangsa yang cedera berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan penduduk kampung sebelum membawa bot tersebut ke jeti Rh. Mekar, Sg. Putat Asam Paya Kuala Baram untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejadian berlaku sekitar jam 11.22 pagi ketika mereka dalam perjalanan ke hulu sungai untuk memancing menggunakan bot jenis Yamaha 60HP.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi mengesahkan Vincent telah meninggal dunia pada jam 12.33 tengah hari, manakala Jeansher yang masih sedar menerima rawatan awal sebelum dihantar ke hospital oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Lutong untuk tindakan lanjut.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika mengendalikan bot, terutama di kawasan sungai berarus deras, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU