ARTIKEL

Transformasi kuih tradisional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuih tradisional yang ditransformasikan dalam pelbagai perisa mendapat sambutan kerana rasa yang berlainan.

Menurut pengusaha kuih tradisional Siti Hassmahnor Samsudin yang berasal dari Betong, pembuatan kuih tradisional miliknya mendapat permintaan yang tinggi.

“Kuih tradisional yang saya buat terdapat pelbagai perisa seperti kuih sepit coklat, strawberi, nestum, pisang dan sebagainya. “Apabila melihat ibu membuat kuih tradisional asli, timbul di dalam fikiran saya untuk mencuba perisa lain. Tidak sangka sambutan sangat memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak ketika ditemui pada Program Agro Bazar Online (ABO) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Siti Hassmahnor berkata, pada awal perniagaan, dia jarang menjual kuih tradisional miliknya secara dalam talian.

“Saya menyertai ABO setahun yang lalu. Sejak itu, saya mula aktif menjual kuih tradisional dalam talian. “ABO yang dikendalikan oleh Fama banyak membantu saya memasarkan produk dengan lebih berkesan dan mudah,” katanya.

Beliau memberitahu, tempahan menjual kuih tradisional miliknya terpaksa dihadkan sementara kerana dia kini belum mempunyai pekerja.

“Apabila permintaan tinggi, saya tak cukup tangan. Sebab itu saya terpaksa mengehadkan permintaan.

“Dalam sebulan, sekitar 500 ke 600 balang kuih tradisional saya terjual pada harga RM10 sebalang. “Selain kuih sepit, saya juga membuat kuih maruku dan kuih jala,” katanya.

Dia menasihati usahawan lain agar jangan cepat melatah sekiranya perniagaan belum berkembang.

“Kita kena bersabar sekiranya ingin terus bertahan dalam industri ini. “Saya berharap perniagaan kuih tradisional ini mendapat sambutan dan boleh pergi jauh seperti produk-produk yang lain,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU