ARTIKEL

Imej: FMT

Trend baharu perkahwinan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

2026Industri perkahwinan di Malaysia sentiasa bergerak seiring perubahan gaya hidup dan kemajuan teknologi. Jika suatu ketika dahulu jurugambar dan juruvideo profesional diang-gap sebagai keperluan mutlak dalam setiap majlis perkahwinan, landskap hari ini mula menampakkan perubahan yang ketara.

Muncul satu trend baharu yang semakin mendapat tempat, khususnya dalam kalangan pasangan pengantin muda, iaitu khidmat Pencipta Kandungan Perkahwinan atau lebih dikenali sebagai Wedding Content Creator (WCC).

Secara asasnya, Wedding Content Creator merujuk kepada individu atau pasukan yang menghasilkan kandungan digital perkahwinan khusus untuk media sosial.

Platform seperti Instagram, TikTok dan Threads menjadi medan utama perkongsian, dengan penekanan terhadap kandungan pantas, spontan dan bersifat masa nyata.

Pendekatan ini jelas berbeza daripada jurugambar dan juruvideo tradisional yang menumpukan kepada hasil akhir beresolusi tinggi, tersusun serta melalui proses suntingan yang rapi.

Trend ini wajar dilihat bukan sekadar fenomena sementara, sebaliknya sebagai refl eksi perubahan cara generasi hari ini mendokumentasikan detik penting dalam kehidupan.

Pasangan pengantin masa kini bukan sahaja mahukan gambar indah untuk album peribadi, tetapi juga mahu momen perkahwinan mereka dikongsi serta-merta.

Daripada persiapan pengantin, saat akad nikah, reaksi ahli keluarga hinggalah suasana di sebalik tabir, semuanya menjadi sebahagian daripada naratif visual yang ingin diraikan bersama khalayak yang lebih luas.

Pengaruh media sosial yang semakin mendalam dalam kehidupan seharian merupakan antara faktor utama yang mendorong populariti WCC.

Perkahwinan hari ini bukan lagi acara peribadi yang terhad kepada mereka yang hadir secara fi zikal, tetapi turut menjadi kandungan yang dikongsi, ditonton dan diberikan reaksi di ruang digital.

Video pendek dan kandungan sementara seperti ‘Instagram Stories’ lebih serasi dengan tabiat tontonan masa kini berbanding video panjang yang lazimnya hanya ditonton sekali-sekala.

Satu lagi kelebihan WCC ialah pendekatan yang lebih santai dan dekat dengan pengantin. Kehadiran mereka sering disifatkan seperti rakan yang sentiasa berada di sisi, merakam detik kecil yang mungkin terlepas pandang oleh pasukan rasmi.

Momen yang tidak dirancang seperti gelak tawa pengapit, reaksi spontan ibu bapa atau gurauan ringkas pengantin. Ia sering menjadi kandungan yang paling menyentuh emosi dan mudah dikaitkan oleh penonton.Dari sudut praktikal, khidmat WCC juga menawarkan fl eksibiliti yang lebih luas.

Pakej perkhidmatan yang ditawarkan lazimnya pelbagai, sama ada untuk beberapa jam atau sepanjang hari majlis, dengan struktur harga yang lebih mudah disesuaikan mengikut bajet pasangan.

Faktor ini menjadikan WCC sebagai pilihan yang semakin relevan, khususnya bagi pasangan muda yang lebih berhati-hati dalam perbelanjaan, namun tetap mahukan dokumentasi yang bermakna.

Namun begitu, kewujudan WCC tidak harus dilihat sebagai pengganti kepada jurugambar dan juruvideo.

Hakikatnya, kedua-dua perkhidmatan ini memainkan peranan yang berbeza, tetapi saling melengkapi.

Jurugambar dan juruvideo masih kekal penting dalam menghasilkan visual berkualiti tinggi yang bersifat klasik dan tahan masa, manakala WCC mengisi ruang kandungan pantas yang selari dengan keperluan serta cita rasa semasa.

Jurugambar dan juruvideo masih kekal penting dalam menghasilkan visual berkualiti tinggi yang bersifat klasik dan tahan masa, manakala WCC mengisi ruang kandungan pantas yang selari dengan keperluan serta cita rasa semasa.

Sebagai bidang yang masih baharu, tidak semua penyedia khidmat WCC mempunyai garis panduan yang jelas.

Isu berkaitan adab, kefahaman tentang majlis rasmi serta kepekaan terhadap ruang sensitif seperti upacara akad nikah perlu diberikan perhatian serius.

Isu berkaitan adab, kefahaman tentang majlis rasmi serta kepekaan terhadap ruang sensitif seperti upacara akad nikah perlu diberikan perhatian serius.

Wedding Content Creator bukan sekadar perakam kandungan, tetapi juga pemerhati dan pencerita kepada sebuah majlis yang sarat dengan nilai tradisi.

Kandungan yang dikongsi secara terbuka di media sosial boleh mencetuskan reaksi pelbagai pihak dan kesilapan kecil berpotensi mengundang kontroversi yang tidak diingini.

Melihat kepada sambutan yang terus meningkat, tidak mustahil khidmat Wedding Content Creator akan menjadi sebahagian daripada pakej piawai perkahwinan pada masa hadapan.

Malah, kerjasama antara WCC dengan penganjur perkahwinan serta pembekal perkhidmatan lain sudah mula kelihatan, selari dengan keperluan pasaran yang semakin berubah.

Kesimpulannya, kemunculan Wedding Content Creatormencerminkan perubahan cara masyarakat hari ini menghargai dan berkongsi kenangan.

Dalam dunia yang bergerak pantas dan berteraskan visual, WCC memenuhi keperluan generasi baharu yang mengutamakan keaslian, kepantasan dan hubungan emosi.

Trend ini mungkin masih baharu, tetapi kesannya terhadap industri perkahwinan di Malaysia sudah mula dirasai.

BERITA LAIN

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU