ARTIKEL

Trump Beri Amaran Kepada Iran Berhubung Kelewatan Rundingan, Bayangkan Serangan Baharu Boleh Berlaku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa pada Rabu bahawa Iran “mengambil masa terlalu lama untuk merundingkan satu perjanjian” berhubung konflik Asia Barat dan kini “perlu membayar harganya,” lapor Xinhua.

“Iran hanya pandai bercakap tetapi tiada tindakan,” kata Trump menerusi hantaran di platform Truth Social. “Mereka mengambil masa terlalu lama untuk merundingkan perjanjian yang sepatutnya memberi kelebihan besar kepada mereka, kini mereka terpaksa menanggung padahnya.”

Trump turut membayangkan kemungkinan beliau akan mengarahkan serangan baharu ke atas stesen jana kuasa dan jambatan di Iran, lapor Fox News pada Rabu yang memetik satu temu bual menerusi telefon.

“Saya mungkin akan meneruskannya (serangan),” kata Trump semasa temu bual itu. “Mereka mempunyai peluang untuk menandatangani perjanjian dan bertahan.”

Presiden itu mendakwa Tehran sengaja “melengah-lengahkah AS” dalam perundingan damai yang akhirnya menyaksikan perkembangan yang amat sedikit.

Tentera AS dilaporkan membedil kira-kira 20 sasaran dalam serangan ke atas Iran pada Selasa, sebagai tindak balas terhadap tindakan menjatuhkan sebuah helikopter Tentera Darat AS berhampiran Selat Hormuz.

Sasaran berkenaan merangkumi sistem pertahanan udara, tapak radar dan stesen kawalan darat Iran, menurut kenyataan Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) pada Selasa. — BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira