ARTIKEL

PRESIDEN Donald Trump semasa menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Shenzen, China. AFP

Trump yakin tamatkan perang Iran tanpa bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata Washington tidak memerlukan bantuan China atau Rusia untuk menamatkan perang dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami tidak memerlukan sebarang bantuan. Kami telah mengalahkan tentera laut, tentera udara dan sistem pertahanan udara mereka,” kata Trump kepada Fox News di Shenzhen, China menjelang pertemuan tiga hala beliau dengan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Beliau berkata keupayaan peluru berpandu Iran kini hanya tinggal kira-kira 12 hingga 13 peratus berbanding sebelumnya dan Iran mahu mencapai persetujuan.

“Jadi, saya tidak perlukan bantuan. Saya tidak akan meminta sebarang bantuan,” kata Trump sambil mendakwa AS kini mempunyai kawalan penuh ke atas Selat Hormuz.

Beliau turut berkata China dan Rusia telah memberikan layanan yang sangat baik kepada AS dan tidak menghantar kapal ke perairan berkenaan.

“Mereka mahu mencapai persetujuan, tetapi saya mahukan persetujuan yang berkekalan,” ujar Trump ketika mengulas mengenai rundingan dengan Tehran.

“Saya akan menamatkannya tidak lama lagi. Maksud saya, dengan satu cara atau yang lain, kami akan menamatkannya,” kata beliau.

Ketika ditanya mengenai kelebihan mengadakan pertemuan bersama Xi dan Putin, Trump berkata: “Kerana mereka bekerjasama. Mereka mempunyai hubungan.”

“China sangat memerlukan tenaga dan Rusia mempunyai sumber tenaga, lalu hubungan itu terjalin. Namun, saya fikir kami berada dalam kedudukan yang sangat baik. Mereka berdua menyukai Trump,” katanya. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Misteri ratusan keranda serta lidah emas terungkai

MESIR: Ahli arkeologi Mesir menemukan sebuah tanah perkuburan purba yang mengandungi ratusan keranda, artifak emas berbentuk lidah serta barang kemas di wilayah Menoufia, utara negara

Penerbangan terus KL-Bandung disasar dibuka semula

BANDUNG: Jawa Barat berhasrat menyambung semula penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Bandung susulan perancangan membuka semula Lapangan Terbang Husein Sastranegara bagi penerbangan antarabangsa, sekali

BERITA TERBARU

Misteri ratusan keranda serta lidah emas terungkai

MESIR: Ahli arkeologi Mesir menemukan sebuah tanah perkuburan purba yang mengandungi ratusan keranda, artifak emas berbentuk lidah serta barang kemas di wilayah Menoufia, utara negara

Moratorium eksport nadir bumi kekal

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2024 bagi menggalakkan pembangunan industri pemprosesan dalam