ARTIKEL

Trup 6 RS bantu bersihkan SK Kuala Pelugau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (MK 9 Bgd) mengatur gerak Trup Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS) pada 15 hingga 17 Februari lepas untuk membersihkan sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pelugau di sini bagi mempermudahkan sesi persekolahan 2025.

Program Jiwa Murni itu melibatkan Trup 6 RS bersama warga pendidik SK Kuala Pelugau.

Mereka bergotong-royong untuk memulihkan semula persekitaran sekolah agar lebih selesa bagi murid dan para pendidik selepas terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

Program itu dilaksanakan bagi menzahirkan keprihatinan warga tentera terhadap pihak sekolah dan para pelajar yang terkesan akibat banjir melalui inisiatif Program Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS).

Aktiviti itu juga bertujuan meningkatkan hubungan baik antara tentera dengan masyarakat awam.

Selain itu, ia menerapkan semangat kesukarelawanan serta berusaha untuk membantu masyarakat menerusi sumbangan tenaga dalam aktiviti amal yang dijalankan.

Pelaksanaan program seumpama itu adalah sejajar dengan pendekatan ‘Whole Of Government And Whole Of Society’ (WoGoS) sebagaimana terkandung dalam Teras Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-30, iaitu Gagasan Tentera dan Rakyat.

Trup 6 RS bersama warga pendidik SK Kuala Pelugau bergotong-royong membersihkan sekolah tersebut selepas teruk dilanda banjir baru-baru ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU