ARTIKEL

Abdul Yakub Arbi. Foto UKAS.

Tubuh Pusat Warga Emas, OKU di Balingian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Balingian dilihat sebagai inisiatif penting bagi menjaga kebajikan serta meningkatkan kesejahteraan golongan berkenaan di kawasan itu.

ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, pusat aktiviti terdekat ketika ini hanya terletak di Mukah.

“Jarak perjalanan yang agak jauh menyukarkan sebahagian penduduk khususnya warga emas dan OKU untuk mendapatkan akses secara konsisten kepada program, rawatan sokongan, aktiviti komuniti serta kemudahan berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Menurutnya, penubuhan pusat berkenaan mampu menjadi platform yang lebih mudah diakses bagi menyediakan pelbagai aktiviti sosial, rekreasi, pemulihan dan pembangunan komuniti.

“Langkah itu juga mampu meningkatkan kualiti hidup, mengurangkan pengasingan sosial serta mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif dan prihatin terhadap keperluan golongan sasaran di kawasan sekitar Balingian,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta penjelasan berhubung isu pulangan dividen peserta projek pembangunan ladang kelapa sawit FELCRA di Sarawak.

Menurutnya, isu tersebut wajar diberi perhatian serius susulan rungutan peserta yang mendakwa tidak menerima dividen atau pulangan sewajarnya daripada projek berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap FELCRA dan agensi berkaitan dapat menjalankan pemantauan menyeluruh bagi memastikan hak serta kebajikan peserta terus terpelihara secara adil dan telus.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU