ARTIKEL

ADA BAKAT… Mohamad Duri menunjukkan bakat bermain petanque semasa Majlis Perasmian Gelanggang Petanque SK Kampung Kupang.

Tubuhkan kelab petanque

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENGGEMAR dan penggiat sukan petanque digalak menubuhkan kelab sebagai platform rasmi pengembangan bakat anak-anak sama ada di peringkat sekolah, mahupun kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka Mohamad Duri berkata, kemudahan yang cantik sahaja tidak cukup.

“Apabila sekolah (SK Kampung Kupang) meminta satu gelanggang petanque, maka saya sediakan peruntukan.

Sekarang telah siap Alhamdulillah.

“Saya berharap ia akan melahirkan ramai jaguh petanque sehingga peringkat tertinggi mengikut jejak Arena Petanque Saratok.

“Saya percaya dengan adanya kemudahan, dapatlah murid sekolah dan penduduk mengasah bakat. Namun tidak cukup tanpa platform.

“Oleh demikian, tubuhkan kelab sebagai platform rasmi pengembangan bakat anak-anak sama ada di peringkat sekolah, mahupun kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Gelanggang Petanque SK Kampung Kupang yang diluluskannya tahun lalu.

Jika tiada platform ibaratnya tiada pengemudi yang membawa haluan sukan petanque di sesuatu tempat.

Jelasnya, kemajuan sukan antara keutamaan yang sentiasa diberikan penekanan.

“Saya memuji Kelab Petanque Saratok dan individu-individu yang telah lama memperkenalkan sukan ini di Saratok sejak dulu lagi.

“Sehingga ada dalam kalangan anak-anak kita yang berjaya mewakili negara dan negeri ke pelbagai kejohanan.

“Saya berharap, ini menjadi batu loncatan untuk terus memastikan Saratok dan kampung sekitarnya mampu menjadi lubuk menghasilkan atlet petanque yang disegani,” ujarnya.

Mohamad yakin Saratok tidak ketandusan individu yang boleh berkongsi ilmu serta teknik bermain petanque dengan baik.

Mohamad sebelum menyempurnakan perasmian gelanggang turut mempamerkan kehebatan bermain petanque bersama-sama warga guru di sekolah berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira