ARTIKEL

Tujuh sekeluarga hilang tempat berteduh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Tujuh ahli keluarga hilang tempat berteduh selepas rumah mereka di Ulu Pasai Siong dekat sini musnah dalam kebakaran petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, semasa kejadian semua penghuninya tidak berada di rumah terbabit.

Jelas jurucakapnya, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Merah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 3.14 petang.

Beliau berkata, seramai lapan anggota bomba serta sebuah jentera FRT dan EMRS kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba di tempat kejadian, Komandan Operasi PBK II Joseph Balon melaporkan rumah struktur separuh kekal dua tingkat itu ranap 90 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.43 petang dan seterusnya kerja-kerja pemeriksaan dilakukan. Operasi selesai sepenuhnya jam 5.28 petang,” katanya.

Tambah beliau, punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira