ARTIKEL

Tukar kepada tong PETROS hanya selepas gas habis, tiada had masa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelanggan dinasihatkan untuk hanya melakukan pertukaran kepada tong silinder gas petroleum cecair (LPG) Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) selepas isi kandungan LPG asal mereka habis bagi mengelakkan pembaziran.

Menurut PETROS, pihaknya memberi jaminan tidak meletakkan sebarang had masa untuk para pelanggan membuat pertukaran tong gas.

“Dalam masa yang sama, kami melalui cabang runcit PETROSNiaga Sdn Bhd (PETROSNiaga) sentiasa komited dalam memastikan bekalan berterusan silinder gas LPG bersubsidi 14 kg di seluruh Sarawak.

“Malah, kami mempunyai bekalan tong silinder LPG yang mencukupi untuk penggunaan di kediaman, perniagaan dan industri di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menegaskan PETROSNiaga telah mengambil pendekatan yang perlu untuk memastikan tiada kekurangan bekalan tersebut merentasi pelbagai sektor di Sarawak.

Dalam pada itu, PETROSNiaga mengingatkan pelanggan bahawa tiada kos tambahan apabila mereka bertukar daripada tong silinder LPG lain kepada PETROS (merah) atau Gas PETRONAS (hijau).

“Namun, kos isi semula gas berkenaan adalah kekal tidak berubah pada harga RM26.60.

“Ia juga boleh dibeli melalui rangkaian pengedar PETROSNiaga di seluruh Sarawak,” tambahnya.

Pihak PETROS turut mengingatkan orang ramai agar melaporkan mana-mana pengedar yang mengenakan bayaran tambahan untuk pertukaran tong gas silinder PETROS dengan menghubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1300-88-2122 untuk tindakan.

Untuk rekod, PETROS dilantik sebagai pengagregat gas (gas aggregator) di negeri ini selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 pada November lalu.

Sebagai pengagregator atau pengumpul gas, PETROS akan memperoleh sumber gas untuk diagihkan ke seluruh negeri bagi kegunaan domestik, industri serta pelabur berpotensi dalam industri hiliran gas.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat