ARTIKEL

Tular Kes Curi Kabel: Polis Tahan Seorang Lelaki Tempatan Bantu Siasatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kecurian kabel telekomunikasi di Jalan Raja Musa Aziz di sini seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Tambun pada 12 tengah hari semalam dan sebuah kenderaan serta beberapa barangan yang dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas.

“Siasatan mendapati suspek sebelum ini telah ditangkap oleh polis pada 21 April lepas dan dituduh di mahkamah pada 22 April di bawah peruntukan undang-undang berkaitan. Suspek dipercayai meneruskan kegiatan jenayah sama hingga membawa kepada kejadian terbaharu yang tular.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat bersama dua lagi rakan yang masih bebas. Ujian saringan awal juga mendapati dia positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek direman tiga hari hingga 27 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta peruntukan berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.

Terdahulu, Muhammad Najib memaklumkan polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di laman sosial dipercayai mencuri kabel di Jalan Raja Musa Aziz, di sini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat