ARTIKEL

Gambar hiasan

Tumbuk muka seorang penghuni flat, empat sekawan didenda RM2,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat sekawan masing-masing dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, kerana menumbuk kenalan mereka dalam satu kejadian perselisihan faham di sebuah kediaman flat.

Mohd Najiman, 34, Mohamad Safar, 44, Muhamad Sufi, 44, dan Azneel Ashfee, 34, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 35 tahun dengan menumbuk muka hingga lebam.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman flat di Matang, sekitar 7.20 petang, 8 Disember lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, di bawah sebuah bangunan flat, pengadu berjumpa dengan keempat-empat tertuduh untuk bertanya tentang kawannya yang dicederakan oleh mereka.

Namun, semasa berbincang keempat-empat tertuduh marah lalu bertindak menyerang mangsa hingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Mangsa kemudian bertindak melaporkan kejadian kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati keempat-empat tertuduh sengaja mencederakan mangsa dalam kejadian perselisihan faham terbabit.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam Lim Lian Kee.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road