ARTIKEL

Tun Wan Junaidi meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah. FOTO: ASTANA NEGERI SARAWAK

Tun Dr Wan Junaidi solat Jumaat di Masjid Darul Asyiqin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suasana Masjid Darul Asyiqin, Kampung Lumut Buntal hari ini diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkenan menunaikan Solat Jumaat bersama masyarakat setempat.

Ketibaan beliau disambut mesra Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid, Ahmad Uni, bersama-sama Ketua Kaum Kampung Lumut Buntal, Suhaili Haji Mahaji serta barisan ahli jawatankuasa masjid.

Solat fardu Jumaat diimamkan Imam Pertama masjid, Zaidel Tahir, yang turut menyampaikan khutbah bertajuk “Keistimewaan Amalan Bulan Muharram.”

Dalam khutbah tersebut, beliau menyeru jemaah agar menjadikan bulan mulia ini sebagai medan bermuhasabah dan memperbaiki diri, bertepatan dengan semangat hijrah yang digariskan dalam bulan pertama kalendar Islam.

Tambah beliau, kelebihan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam iaitu puasa sunat Tasu’a dan Asyura sebagaimana yang dianjurkan Rasulullah SAW, besar ganjarannya yang mampu menghapuskan dosa setahun lalu.

Selesai solat, Tun Wan Junaidi meluangkan masa menandatangani buku lawatan masjid sebelum merakam gambar kenangan bersama jawatankuasa pengurusan.

Dalam satu hantaran laman Facebook rasmi beliau berkata bahawa, ini mengeratkan ukhuwah dan mengukuhkan jalinan pemimpin bersama rakyat di akar umbi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datuk Kipli Yassin dan jemaah sekitar kampung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU