JAKARTA: Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud satu-satunya nama yang berada dalam fikiran rakyat Sarawak selama lebih 60 tahun, kata penganalisis politik terkenal Datuk Dr Jeniri Amir.
Felow Majlis Profesor Negara itu yakin dengan rekod tersebut dan sukar dipecahkan oleh mana-mana pemimpin politik selepas ini.
“Beliau berada dalam era politik dan kabinet pertama Sarawak sejak 1963 serta menjadi Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh.
“Tun Taib juga berada di peringkat Persekutuan selama 13 tahun.
“Nikmati sendiri keunikan, sumbangan, jasa dan penglibatannya dalam pelbagai platform kepada Bumi Kenyalang itu,” katanya.
Menurut Jeniri, dalam tempoh 60 tahun pentadbiran Tun Taib, tidak dapat dibayangkan kesan dasar pemikiran strategi politik beliau, khususnya untuk Sarawak di bawah gagasan politik pembangunan dan realiti baharu.
Berita lanjut dalam epaper STSS.


