ARTIKEL

Penganalisis Politik Dr Nur Aida Kipli

Tun Taib sosok sarat sejarah -Penganalisis Politik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tetap menjadi legenda dalam pentadbiran di Sarawak dan Malaysia.

Penganalisis Politik Dr Nur Aida Kipli berkata, pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri itu awal pagi semalam sudah pasti meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada seluruh rakyat negeri ini.

Menurutnya, Allahyarham Tun Taib merupakan salah seorang pemimpin negeri yang paling lama memegang tampuk kepimpinan di Sarawak.

“Sumbangan Allahyarham Tun Taib kepada setiap sudut pembangunan di Sarawak khususnya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat tidak dapat dipertikaikan lagi.

“Awal penglibatannya dalam pentadbiran dan pentas politik menyaksikan semangat juang untuk membangunkan ekonomi dan taraf hidup rakyat Sarawak pada ketika itu serta mempertahankan warisan termasuk tradisi rakyat di negeri ini,” katanya semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU